Sebut memang senang kot. Seminit pun tak sampai. "terima kasih". ok titik tapi nak mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita mungkin agak sukar macam kau nak hafal al-Quran lima belas juzuk. Walhal benda paling senang gila kot kau nak buat, tak perlu keluarkan sesen pun. Cuma bazirkan sedikit saja, air kelenjar yang kau 'free' je pun. Kalau diucapkan dengan penuh keikhlasan dah dapat pahala pun. Sebab kau dah memberi penghargaan menyenagkan hati orang. Tengok? Senang bukan nak kumpul "markah" ke syurga. Cuma kita ni sahaja yang suka memandang ringan perkara-perkara macam ini.
Kau rasa, ucapan "terima kasih" hanya perlu diucap bila kau ada masalah yang teruk melampau seperti kucing kau mati kene pijak dengan buaya tembaga atau kau dalam keadaan terdesak gila-gila sampai hilang kewarasan sampai dada kau betul-betul senak, maksud aku langsung tak boleh nak fikir dan buat apa-apa. Tiba-tiba datang Hamba Allah entah dari mana nak tolong kau, waktu itu baru kau rasa perlu pada tahap paling minimum untuk kau cakap "terima kasih". owh! alahai, chill ok.
Ucapan "terima kasih" ini bukan hanya terhad dalam keadaan tertentu sahaja. Kau tau tak, dengan hanya ucap "terima kasih" hati yang panas membakar ibarat daging salai yang rentung pun boleh jadi sesejuk salju di danau rindu. Contohlah, mak kau dah penat-penat buat macam-macam kerja, paling dekat sekali memasak untuk memuaskan hati kau nak mencekik darah. Lepas itu, mak kau punyalah terpekik terlolong macam 'tarzan' panggil kau mintak tolong buat kerja lain sebab dia sibuk masak. Tapi kau ibarat macam orang yang telinganya kena sumbat dengan selori kapas telinga. Buat dekkk je!(kena batang hidung sendiri). pasti sangat-sangat mak kau hangin kus-kus satu badan. Lepas itu, bila mak kau panggil makan, kaulah umat yang paling tak malu sekali menonog laju jalan ke depan. Kira nak jadi orang pertama sampai meja makan (sekali lagi setepek kena). Duduk, baca doa, makan dan makan sampai nak meletup perut. *errrkkkkkk* Sendawa. Kenyang. Dah habis makan, kau tengok muka mak kau ketat semacam enam belas inchi, kau mesti nak pujuk balik hati mak kau akibat perbuatan tak bermoral kau tadi. Apa kata kau cakap dekat mak kau begini "mak, terima kasih bayak-banyak sebab masak hari ini, sedap betul mak masak". Aku tahu mak kau mesti akan buat muka menyampah sebab kau tak tolong dia tadi, tapi peratusannya sikit sangat kot. Tapi dalam hati mak kau punyalah suka walaupun dia agak sedikit peliklah dengan kata-kata kau tadi, sampai mak kau pun berbisik dalam hati "bagus betul anak aku hari ini, tapi ayat macam bodek dan buang tabiat pun ada". Lepas itu 'konpem' mak kau senyum. Senyumlah,walau sikit. Cayolah cakap den! Kau baru buat sekali, memanglah tak berapa nampak kesannya. Tapi cuba kau praktikkan hari-hari lagi cun kalau kau tolong mak kau buat kerja tanpa perlu dia menjadi 'tarzan' sampai planet pluto sana boleh dengar mak kau terpekik telolong (nampak sikit anak soleh/solehah). Molek bukan. Nampak tak, betapa besarnya kesan dengan kau hanya ucap "terima kasih". Walau mak kau naik pelik, apa mereng anak aku hari ini cakap tak bertempat. Tapi, tak apalah. Bila dah buat hari-hari, benda itu dah tak jadi pelik bin hairan pun.
Lepas itu, jangan kau praktikkan di rumah, hatta di mana-mana sekalipun cubalah kau amalkan. Even kalau mak cik yang jaga kaunter tiket funfair itu pulangkan baki duit kau akibat bagi terlampau besar sangat nilai wang kau bagi. Kau cakaplah "thank you", lepas itu mak cik itu pun balas "afwan". Konpem ko terkejut beruk atau batak sangat, sebab mak cik jaga funfair itu lagi terror dari kau. Itulah, teman dah kabo, 'itulah pentingnya arabic education'. Tapi, itulah realitinya.
Aku bukan apa, kat atas cuma sampingan semata-mata. Cuma nak kongsikan dengan kalian apa yang aku baca hari ini.
Zine satu malam 'terima kasih'. klik sini.
Kalau tergerak hati kau nak membaca, klik ke sini pulok.
"mungkin mudah untuk lafazkan terima kasih, tapi untuk benar-benar maksudkan penghargaan itu, tak semua mampu".
Lepas ini aku rancang nak buat kempen "selalulah ucap terima kasih walau kau nak terkucil". Bernas bukan?